Semangat patriotik penghuni PPR Taman Desa Mutiara

Iklan
Penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Desa Mutiara Zulkifli Omar, 63, tekun melukis mural Burung Enggang dan Orang Hutan di Blok 11, taman perumahan itu ketika ditemui baru-baru ini.
Kira-kira 400 lukisan mural berunsur semangat patriotik, nilai kenegaraan dan budaya rakyat Malaysia ditonjolkan di PPR Taman Desa Mutiara, sebagai inisiatif penghuni di situ membangkitkan kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, sekali gus menaikkan lagi semangat cintakan negara. - Foto Bernama