Hafal, fahami Rukun Negara

Iklan
Mohd Shahar (duduk, dua kiri) mendengar penerangan daripada seseorang mengenai cara Pendaftaran Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 bermula 7 Julai hingga 24 Oktober ini pada sesi taklimat sebentar tadi.

KUANTAN - Prinsip Rukun Negara bukan sekadar dihafal tetapi diterapkan dalam kehidupan generasi muda bagi terus menjamin keamanan dan keharmonian negara.

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata, masih ramai anak muda pada hari ini tidak faham dengan mendalam maksud Rukun Negara.

Iklan
Iklan

"Ibu bapa perlu memberi pendedahan mengenai perkara itu. Terangkan kepada anak-anak kita pentingnya prinsip itu untuk memperkukuhkan pertahanan negara," katanya ketika berucap pada Taklimat Isu-Isu Semasa Jabatan Penerangan Malaysia di Dewan Felda Lepar Hilir 3 hari ini.

Hadir sama, Pengarah Penerangan Pahang, Mohd Salmun Mustafa dan Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Profesor Datuk Dr Ismail Sualman.

Iklan

Dalam pada itu, Mohd Shahar mengingatkan rakyat menggunakan peluang sebaiknya berhubung penawaran moratorium oleh Institusi perbankan Perbankan sehingga 30 September ini.

Katanya, moratorium bersasar itu bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat wabak koronovirus (Covid-19).

Iklan

"Kita kena ada rasa tanggungjawab... jika masih terbeban boleh meminta lanjutan moratorium. Kita mahu rakyat mengambil peluang ini dengan segera kerana selepas tamatnya lanjutan itu, pihak bank tidak akan membuat moratorium secara automatik lagi," katanya.