Motif pembunuhan masih misteri

Iklan

KOTA BHARU - Polis akan menyiasat di pelbagai sudut bagi mengetahui motif pembunuhan seorang lelaki warga emas di Kampung Chap Rimau, Tanah Merah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai samun sebelum lelaki berusia 84 tahun itu dibunuh oleh suspek.

Iklan
Iklan

Katanya, bagaimanapun, pihaknya mendapati barangan milik mangsa masih ada di kediaman itu, malah mangsa sendiri bukan orang berada.

"Mangsa dipercayai dipukul dengan besi kuku kambing dan polis menemui senjta besi sepanjang kira-kira 0.3 meter yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.

Iklan

"Mayat mangsa masih berada di hospital dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat dari pihak Hospital Tanah Merah bagi mengetahui punca sebenar kematiannya,” katanya kepada pemberita hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Warga emas maut ditetak penyamun

Iklan