Kerajaan efektif sentiasa dengar suara rakyat: Azmin

Iklan
Mohamed Azmin berucap ketika lawatan beliau ke Kilang Fermpro Sdn Bhd Sdn. Bhd di Jalan Bukit Keteri, Kawasan Industri Cuping di sini hari ini. - Foto Bernama

KANGAR - Kerajaan yang efektif adalah kerajaan yang bersedia untuk mendengar rintihan rakyat dan mencari jalan penyelesaiannya, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan Perikatan Nasional (PN) mahu memastikan kekayaan negara akan dapat dikongsi secara adil dan saksama merentasi kelas pendapatan, etnik dan wilayah.

Iklan
Iklan

"Dalam masa tujuh bulan ini (selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan), kerajaan PN dilihat bersungguh-sungguh mendekati rakyat dan (telah) mendapat pengiktirafan dunia sebagai sebuah kerajaan terbaik dalam menjalankan usaha pemulihan Covid-19, mahupun pemulihan ekonomi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bicara Produktif anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara di sini hari ini.

Mohamed Azmin berkata, apa yang berlaku sebelum ini adalah kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memenuhi aspirasi rakyat.

Iklan

"Walaupun saya sebahagian daripada pentadbiran kerajaan (Menteri Hal Ehwal Ekonomi) pada ketika itu, namun saya juga merasakan apa yang dilakukan sebelum ini, tidak banyak dapat membantu masalah yang dihadapi oleh rakyat,” katanya.

Sementara itu Azmin berkata inisiatif ‘Malaysia Mudah’ (#MyMudah) menyediakan platform kepada usahawan untuk mendapat akses kepada tata cara yang lebih aktif, dalam melaksanakan aktiviti mereka.

Iklan

"#MyMudah, mengumpul semua data mengenai peruntukan dan peraturan, bukan sahaja di peringkat kementerian tetapi di peringkat negara, tujuannya adalah bagi mengurangkan karenah birokrasi dalam keadaan yang amat mencabar ini (Covid-19),” katanya.- Bernama