Kedah bangkit genggam tiga mata

Iklan
Kipre (tengah) meraikan jaringan keduanya yang juga gol kemenangan Kedah mengatasi PJ City FC 2-1 di Stadium Darul Aman malam ini. -Foto FA Kedah

KEDAH bangkit mengatasi PJ City FC 2-1 di Stadium Darul Aman bagi aksi keenam Liga Super 2020 selepas ketinggalan kepada kelab tersebut malam ini.

PJ City FC berjaya berada di hadapan 1-0 pada minit ke-15 menerusi Washington Brandao Dos Santos apabila bijak melepasi beberapa pertahanan tuan rumah.

Iklan
Iklan

Namun, tuan rumah tidak menunggu masa lama menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan cantik Kpah Sherman selepas menerima umpanan menarik menerusi Rizal Ghazali pada minit ke-24.

Pada separuh masa kedua, Kedah meningkatkan tempo serangan dan mereka berjaya berada di hadapan 2-1 pada minit ke-67 hasil jaringan Tchetche Kipre.

Iklan
Iklan

Usaha Lang Merah untuk meraih tiga mata penuh berjaya apabila keputusan tersebut kekal hingga ke penghujung perlawanan.