'Cinta saya kepada Barcelona tidak berubah'

Iklan
Messi

BINTANG Barcelona, Lionel Messi menegaskan rasa tanggungjawab dan dedikasinya kepada kelab itu tidak akan berubah walaupun gagal berpindah pada jendela perpindahan akan datang.

Menurutnya, isu perpindahan akan dilupakan seketika dan berjanji akan terus memberikan komitmen kepada kelab Catalan itu selepas mengumumkan untuk kekal di kelab tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya akan terus berada di Barcelona dan sikap saya tidak akan berubah sebanyak mana pun keinginan saya mahu pergi dari sini. Saya tetap akan memberikan yang terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Nilai Messi hanya RM513 juta, bukan RM3.4 bilion

Iklan

'Penyokong Barcelona tidak akan benci Messi'

"Saya sentiasa mahu menang. Saya suka bersaing dan tidak suka kalah. Saya sentiasa inginkan yang terbaik untuk kelab, rakan-rakan dan diri saya sendiri," katanya.

Iklan

Pemain berusia 33 tahun itu sebelum ini menyatakan secara terbuka untuk meninggalkan Barcelona, namun gagal disebabkan klausa kontrak memerlukan kelab yang mahukan khidmatnya membayar RM3.4 bilion.

Dalam masa sama, dia juga mengakui terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang mempersoalkan komitmennya bersama kelab dan bersyukur keluarga terdekat banyak memberikan sokongan kepadanya.

"Saya tidak keseorangan. Ada ramai yang memberikan sokongan kepada saya dan menjadi punca kekuatan saya.

"Tetapi, saya sedikit terluka mendengar daripada orang, wartawan dan pihak tertentu yang mengkritik saya. Sekarang saya sudah kenal siapa kawan dan siapa lawan," katanya.

Messi turut memberitahu dia mengambil keputusan untuk berpindah selepas kecewa dengan persembahan Barcelona yang gagal memenangi sebarang trofi musim lalu.

"Saya katakan kecewa dengan persembahan Barcelona pada ketika itu dan kami tidak diberikan sebarang sokongan untuk menang Liga Juara-Juara. Tetapi, sekarang saya tidak tahu apa yang akan berlaku dengan jurulatih dan idea baharu.

"Ia bagus (jurulatih baharu) tetapi kita kena tengok macam mana tindak balas pasukan dan adakah kami mampu untuk bersaing di peringkat tertinggi. Apa yang saya mahu katakan adalah saya akan kekal di sini dan berikan yang terbaik," katanya.