Bomba tangkap 15 anak ular

Iklan
Anggota bomba menangkap 15 anak ular di Tasik Sri Gombak, tengah hari tadi.

GOMBAK - Disangka seekor rupa-rupanya 15 ekor anak ular sawa batik ditangkap sekali gus oleh anggota bomba di Tasik Sri Gombak di sini, tengah hari tadi.

Tangkapan dibuat selepas Balai Bomba dan Penyelamat Selayang menerima panggilan daripada kontraktor yang melihat anak ular masuk ke dalam sebuah lubang di kawasan semak di bawah sebatang pokok ketika melakukan kerja pemotongan rumput di kawasan riadah itu.

Iklan
Iklan

Komander operasi Wan Saharin Wan Abdullah memaklumkan, bilik gerakan menerima panggilan kecemasan jam 12.06 tengah hari sebelum ke lokasi da mengorek lubang itu dan menemukan sarang anak ular tersebut.

"Hampir setengah jam masa diambil untuk menangkap anak ular itu oleh tiga anggota bomba dibantu tiga sukarelawan Pasukan Bomba Sukarela dari Gombak dan Kepong.

Iklan

"Ada antara anak ular yang agresif, ada juga cuba melarikan diri namun kesemuanya berjaya ditangkap. Bagaimanapun ibu ular tersebut tidak ditemui,” katanya.

Menurutnya, kesemua ular yang ditangkap dibawa pulang ke balai dan akan dilepaskan di kawasan selamat dalam masa terdekat.

Iklan

Terdahulu, rakaman operasi menangkap anak ular itu dikongsi dalam laman sosial Facebook Bomba Selayang, beberapa jam lalu.