Kedah tidak mahu buang masa, fokus bertemu Felda United

Iklan
ALOR SETAR, 5 Sept -- Pemain Kedah Muhammad Faizat Mohamad Ghazli diasak oleh pemain PJ City FC Filemon Anvie Standly pada Perlawanan Liga Super Kedah FA bertemu PJ City FC di Stadium Darul Aman malam ini. Perlawan seri satu sama pada separuh masa pertama perlawanan. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KETUA jurulatih pasukan Kedah, Aidil Sharin Sahak mahu anak buahnya meneruskan rentak kecemerlangan pada perlawanan seterusnya berdepan pasukan Felda United FC di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang, Sabtu ini.

Mengakui ia bukan mudah, namun dengan semangat pasukan yang dipamerkan, beliau yakin pasukan Kedah mampu melakukan sesuatu pada musim ini, sekali gus berada di kedudukan terbaik Liga Malaysia.

Iklan
Iklan

"Selepas PDRM, sekarang PJ City. Apa yang kita perlu buat ialah fokus kepada perlawanan bertemu Felda United, dan kami rasa bukan mudah kerana mereka memiliki kekuatan tersendiri.

"Dalam masa yang ada ini kami akan membaiki kelemahan dan berharap Renan Alves dapat kembali beraksi nanti,” katanya selepas tamat perlawanan yang menyaksikan pasukannya menang ke atas PJ City FC 2-1 di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Iklan

Mengulas perlawanan itu, Aidil Sharin memuji kesungguhan serta komitmen pemain utamanya yang berjaya menggalas tanggungjawab bagi memastikan tiga mata penuh milik Kedah.

Walaupun tersentak dengan gol awal pasukan pelawat, beliau berkata strategi menerusi kemasukan beberapa pemain gantian berjaya merubah formasi dan kedudukan sehingga kembali menguasai perlawanan hingga tamat 90 minit perlawanan.

Iklan

"Tiga mata yang amat penting untuk kami, kredit diberikan kepada semua pemain yang berusaha keras memenangi perlawanan ini, walaupun bukan mudah berdepan pasukan yang saya rasa kuat dalam liga,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih PJ City FC, K Devan tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan malam tadi dan berharap anak buahnya kembali bangkit mencipta kemenangan pada perlawanan akan datang.

Katanya, ketiadaan beberapa pemain import penting pasukan dan kebergantungan ke atas beberapa pemain muda yang baru beraksi menyukarkan pasukannya mencipta peluang bagi mencapai kemenangan.

"Ramai pemain cedera dan saya rasa pemain gantian yang masuk baru pertama kali beraksi di liga dan kecergasan mereka tak begitu baik, dalam waktu ini kita perlukan kesebelasan yang terbaik sebab kita ada lima perlawanan lagi,” katanya. - Bernama