Isu hak milik tanah di Felda Jengka 24 akan selesai

Iklan
Afzal (empat dari kanan) bersama Razak (dua dari kanan) mengacau bubur asyura di Masjid As-Sobirrin hari ini.

JENGKA - Isu hak milik tanah melibatkan 292 peneroka di Felda Jengka 24 akan diselesaikan dalam masa terdekat selepas sebahagian daripada peneroka di Wilayah Jengka telah menerima geran.

Pengurus Besar Wilayah Felda, Afzal Hanis Hamid Abd Kadir berkata, masalah ini mengambil masa untuk diselesaikan kerana berlaku pertindihan daerah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihaknya sedang menyelesaikan beberapa perkara selepas masalah pertindihan daerah diatasi sebelum menyerahkan geran kepada peneroka.

"Kami berusaha menyelesaikan isu ini secepat mungkin kerana sedar peneroka telah menunggu detik ini dan saya menjangkakan ia boleh diselesaikan dalam tempoh setahun.

Iklan

"Selain Jengka 24, masalah ini turut dihadapi penduduk di Jengka 25," katanya.

Afzal (empat dari kiri) menyempurnakan perasmian kempen kutipan tabung masjid rancangan tersebut di pekarangan Masjid As-Sobirrin hari ini.

Beliau berkata demikian sempena pelancaran kempen derma RM10 ke Tabung Masjid dan Kelab Belia Masjid peringkat Rancangan Jengka 24 di pekarangan Masjid As-Sobirrin di sini hari ini.

Iklan

Turut berlangsung, acara menyediakan 14 bubur asyura sempena Awal Muharam yang disediakan secara gotong-royong oleh penduduk.

Dalam pada itu, beliau berkata, kempen kutipan tabung masjid tersebut dijalankan di masjid rancangan wilayah terbabit setiap minggu.

"Kita menyasarkan kutipan RM10 setiap isi rumah dan menjangkakan jumlah kutipan akan meningkat selepas ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Peneroka, Razak Daud berkata, beliau mengucapkan terima kepada pihak pengurusan kerana berusaha mengatasi masalah ini.

"Kita amat gembira dengan janji dan usaha yang telah dilakukan pihak pengurusan," katanya.