Pejabat MB Selangor dakwa infografik tular palsu

Iklan
Pejabat Menteri Besar Selangor mendakwa berita dan info grafik yang tersebar di media sosial itu adalah palsu.

SHAH ALAM - Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan kenyataan dan infografik yang menyokong tindakan isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad memuat naik gambar di Instagramnya.

Berdasarkan berita tersebut, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari didakwa kononnya mengeluarkan kenyataan kelebihan yang diperolehnya tidak boleh dipertikaikan.

Iklan
Iklan

Dalam kenyataan yang tersebar di media sosial itu, Amirudin kononnya memaklumkan beliau ambil maklum gambar tular daripada Instagram isterinya semalam.

Beliau dalam kenyataan itu juga kononnya memohon maaf kepada rakyat Selangor namun mengatakan kelebihan yang diperoleh itu sesuai dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Iklan

Bagaimanapun, difahamkan kenyataan itu adalah palsu dan bukan dikeluarkan pihaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri MB Selangor mohon maaf

Terdahulu, isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad memohon maaf berhubung tindakannya memuat naik beberapa keping gambar yang didakwa mengguris hati rakyat ketika berdepan isu gangguan bekalan air di negeri ini.

Iklan

Gambar lori tangki air Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berada di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor dan ahli keluarganya mandi di kolam renang di kediaman terbabit tular di media sosial sejak semalam.

Masdiana turut mengakui kekhilafan memuat naik gambar tersebut yang menimbulkan banyak tafsiran tetapi menafikan dakwaan bahawa lori tangki dihantar untuk memenuhkan kolam renang di kediaman rasmi itu.