Wanita cedera dalam kebakaran dua kedai

Iklan
Anggota bomba dari BBP Gebeng dan Kuantan mengambil masa hampir dua jam mengawal kebakaran melibatkan dua kedai di Kampung Sungai Karang Pantai di sini, petang tadi. - Foto ihsan Bomba

KUANTAN- Empat termasuk dua wanita terselamat dalam kebakaran melibatkan dua kedai di Kampung Sungai Karang Pantai, di sini petang semalam.

Bagaimanapun salah seorang mangsa wanita dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) akibat melecur pada bahagian kaki.

Iklan
Iklan

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, 10 anggota termasuk dua pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 4.56 petang.

Menurutnya, operasi turut dibantu dari 13 anggota bersama satu jentera dari BBP Kuantan.

Iklan

"Kebakaran berjaya dikawal jam 6.55 petang namun salah sebuah kedai musnah manakala sebuah lagi terbakar hampir 25 peratus," katanya.

Beliau berkata, operasi tamat pada jam 8.17 malam selepas keadaan di tempat kejadian dipastikan selamat.

Iklan