Polis cawangan istana tak sempat bertugas di balai pengawal

Iklan
Mangsa maut selepas dilanggar lari di persimpangan Taman Rose Merah, Pekan Nilai.

NILAI - Seorang anggota polis dari Cawangan Balai Pengawal Istana Negeri Sembilan meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang terperosok bawah sebuah lori di persimpangan Taman Rose Merah, Pekan Nilai di sini, hari ini.

Mangsa, Muhamad Shafiq Ramlan, 26, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di bahagian kepala dalam kejadian langgar lari kira-kira jam 12 tengah hari itu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besa berkata, pemandu lori dipercayai lelaki Sikh kini diburu kerana melarikan diri selepas kejadian.

"Siasatan awal mendapati mangsa dan lori itu sedang bergerak dari arah Nilai menghala Labu sebelum lori itu dipercayai membelok ke simpang kiri. Mangsa yang menekan brek lalu menggelongsor masuk ke bawah lori.

Iklan

"Pemandu lori itu tidak berhenti dan terus memecut dipercayai melarikan diri selepas memaksa kelindannya turun dan juga meninggalkan di tepi jalan sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

"Mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Nilai menuju ke Kuala Pilah bagi bantuan tugas di Balai Pengawal di Istana Seri Menanti.