PRK Cameron Highlands: Rakyat tolak politik perkauman

Abdul Hadi (tengah) menerima sumbangan pelbagai pihak bagi membangunkan Sekolah Rendah Darul Quran di Bukit Chempedak, hari ini.
Abdul Hadi (tengah) menerima sumbangan pelbagai pihak bagi membangunkan Sekolah Rendah Darul Quran di Bukit Chempedak, hari ini.
A
A
A

MARANG - Pas menyifatkan kemenangan BN membawa mesej rakyat bahawa mereka menolak isu perkauman dimainkan DAP dalam merebut kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRK itu, semalam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, isu perkauman yang digunakan DAP adalah tidak sesuai apatah lagi parti itu juga mengharapkan orang Asli di negara ini tiada warganegara.

“Sekurang-kurangnya (kemenangan BN) memberi isyarat kepada DAP bahawa isu perkauman tidak sesuai di Malaysia. Merekalah yang menonjolkan isu perkauman bukan kita. Patutnya mereka menjadi, bagaimana orang Melayu Bumiputera (di Malaysia) yang memberi tempat kepada Cina dan India menjadi rakyat negara ini.

“Dibenarkan membuka sekolah jenis kebangsaan yang tidak dibenarkan di negara lain tetapi sebaliknya kita pula dituduh mainkan isu perkauman. Itu termasuklah mereka mengharapkan orang Asli tiada kerakyatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah Tapak Sekolah Rendah Darul Quran yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Bukit Chempedak di sini, hari ini.

Semalam, BN mempertahankan kerusinya pada PRK Parlimen Cameron Highlands dengan memperoleh 12,038 undi menewaskan calon kitar semula DAP yang mewakili PH dan dua lagi calon Bebas.

Majoriti yang diperoleh calon BN, Ramli Mohd Nor meningkat kepada 3,238 undi berbanding 597 undi pada PRU14 lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!