Tangguh untuk semakan, bukan tutup

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan dakwaan bahawa program-program tertentu yang ditawarkan Kolej Vokasional (KV) ditutup kerana ketiadaan pelajar.

Sebaliknya, kementerian itu membuat keputusan untuk menangguhkan sementara kursus-kursus yang terlibat bagi tujuan semakan semula kurikulum demi memenuhi keperluan akreditasi Agensi kelayakan Malaysia (MQA).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata, langkah-langkah penambahbaikan itu diambil selari dengan syor dan pandangan yang dikemukakan pelbagai pemegang taruh termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

“Langkah-langkah penambahbaikan ini telah dibincangkan dan diberi pertimbangan mendalam sejak Mei 2018 yang lalu dan telah melalui siri perbincangan dengan pelbagai pihak.

“Majoriti pemegang taruh menyambut baik hasrat KPM untuk membawa

penambahbaikan yang relevan demi kepentingan pelajar dan negara.

“Semakan semula itu juga bertujuan memenuhi keperluan akreditasi MQA (Akademik-Outcome Based Education) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (Kemahiran-Skill Training) untuk memastikan program yang ditawarkan adalah program yang bermutu dan berkualiti serta dapat di bawa ke tahap yang lebih tinggi bagi memenuhi permintaan industri,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan khas Sinar Harian semalam berhubung beberapa kursus yang ditawarkan KV terpaksa ditutup kerana ketiadaan pelajar.

Artikel Berkaitan:

Menurut Amin lagi, KPM juga komited dalam memastikan persijilan

dan piawaian industri dipatuhi dan dijadikan rujukan utama dari aspek kebolehpasaran, peningkatan kemahiran dan penambahbaikan kurikulum.

“KPM berpandangan bahawa selepas tujuh tahun program peringkat Diploma Kolej Vokasional, sudah tiba masanya program-program yang ditawarkan di kolej itu

memberi keutamaan kepada standard pendidikan yang tinggi selaras dengan hasrat

melahirkan pelatih yang berkualiti tinggi,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!