Usul tergempar isu tuntutan Filipina terhadap Sabah dibahas petang ini

Dewan Negara membenarkan usul tergempar isu tuntutan Filipina terhadap Sabah dibahaskan petang ini. - Foto Bernama
Dewan Negara membenarkan usul tergempar isu tuntutan Filipina terhadap Sabah dibahaskan petang ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Negara membenarkan usul tergempar isu tuntutan Filipina terhadap Sabah dibahaskan petang ini, kata Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, usul itu akan dibahaskan mengikut Peraturan 17(3) dengan pihak pencadang dibenarkan untuk membahas tidak melebihi 30 minit dan pihak kerajaan untuk menjawab dalam tempoh yang sama.

Katanya, bagi membolehkan perkara itu ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Negara hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan itu memenuhi tiga syarat iaitu bahawa perkara itu tertentu; bagi kepentingan orang ramai; dan berkehendak disegerakan perkara tersebut.

“Saya telah meneliti perkara ini dan mendapati bahawa dalam skop tentunya, perkara ini adalah perkara tertentu. Kedua adakah ia merupakan kepentingan orang ramai? Benar, ia adalah bagi kepentingan orang ramai. Bukan sahaja di negeri Sabah tapi di tanah air Malaysia tercinta.

“Ketiga, adakah ia berkehendak kepada tindakan disegerakan? Benar perkara ini perlu disegerakan. Oleh yang demikian, saya membenarkan usul ini untuk dibahaskan mengikut Peraturan 17(3). Usul ini akan dibahaskan petang ini pada 7 September di dalam dewan ini,” katanya dalam persidangan Dewan Negara hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!