Kura-kura tinggal tulang selepas 8 bulan ditinggalkan

Kura-kura mati tinggal tulang menjadi bualan warganet.
Kura-kura mati tinggal tulang menjadi bualan warganet.
A
A
A

WUHAN - Seorang pelajar kehilangan kura-kura kesayangannya apabila haiwan itu mati dengan hanya tinggal tulang selepas kira-kira lapan bulan ditinggalkan di asrama.

Pelajar universiti di Wuhan itu pulang ke asrama setelah berada selama lapan bulan di rumah susulan pelaksanaan perintah berkurung di Wuhan, China bagi mengekang penularan pandemik koronavirus (Covid-19), lapor Mothership.sg.

Dia telah menyediakan makanan untuk kura-kura itu selama 40 hari sebelum meninggalkan Wuhan pada 11 Januari lalu namun tidak menyangka pelaksanaan perintah berkurung mengambil masa yang lama.

Cuma pada 31 Ogos lalu, dia pulang ke asrama dan mendapati kura-kura kesayangannya itu mati di balkoni.

"Saya mempersiapkan mental untuk melihat kejadian ini kerana saya tahu kura-kura ini tidak akan dapat bertahan.

"Ia telah mati, tulangnya kering. Saya bercadang meletakkan tulang kura-kura ini di meja belajar saya sebagai memperingatinya," katanya.

Tular di laman sosial video berdurasi 1 minit 28 saat itu yang menunjukkan pelajar berkenaan melihat kura-kura kesayangannya mati dengan hanya tinggal tulang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!