Sumareh sah sertai Police Tero FC

Kenyataan Police Tero FC dalam Facebook rasmi mereka.
Kenyataan Police Tero FC dalam Facebook rasmi mereka.
A
A
A

PEMAIN naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh sah menyertai pasukan Liga Thailand, Police Tero FC.

Perkara itu diumumkan kelab berkenaan dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi mereka sebentar tadi dengan pemain kelahiran Gambia itu akan beraksi bersama pasukan dalam kempen baharu liga negara itu yang akan bermula Sabtu ini.

"Sumareh akan memakai jersi nombor 13 dan akan menyertai Police Tero FC dalam saingan Liga Thailand.

"Namun, akibat situasi pandemik Covid-19, dia mungkin tidak akan sempat menyertai perlawanan pertama menentang Port Authority FC pada Ahad kerana perlu mematuhi peraturan kuarantin," kata kelab itu.

Terdahulu, Sumareh menggemparkan arena bola sepak negara dengan tindakannya yang tidak menghadiri sesi latihan bersama Pahang, sekali gus menimbulkan spekulasi dia mahu berhijrah ke pasukan lain.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!