Percepat pembukaan fasa kedua sempadan Malaysia-Singapura

Hasni (tengah) dan Tosrin (kiri) menerima penyerahan zakat perniagaan dalam Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru, hari ini.
Hasni (tengah) dan Tosrin (kiri) menerima penyerahan zakat perniagaan dalam Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri berbincang dengan kerajaan Persekutuan untuk segera membenarkan pembukaan sempadan Malaysia-Singapura bagi fasa yang berikutnya bagi membolehkan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dapat kembali semula bagi mengelakkan hilang pekerjaan.

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, seramai 35,000 telah hilang pekerjaan di Johor sejak koronavirus (Covid-19) ketika sempadan tidak dapat lagi dibuka sepenuhnya.

Menurutnya, hampir 250,000 pekerja biasanya berulang-alik secara harian ke Singapura tidak dapat berbuat demikian kerana sempadan penutupan sempadan berkenaan.

"Saya telah memaklumkan Perdana Menteri yang tentunya akan lebih faham keadaan kita di Johor betapa pentingnya pembukaan semula sempadan. Ini kerana ekonomi negeri Johor bergantung secara langsung dengan ekonomi negara jiran Singapura," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Hotel Holiday Villa, di sini hari ini.

Turut hadir Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvantri; Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadot; Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Abdul Rashid A Rahman dan Pengarah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Datuk Md Rofiki A Shamsudin.

Pada 17 Julai lalu sempadan Malaysia-Singapura dibuka secara rasmi menerusi fasa pertama namun hanya membabitkan kemudahan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dengan jumlah 50 atau 60 orang sehari dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) dengan jumlah 2,000 orang sehari.

RGL membenarkan perjalanan rentas sempadan bagi tujuan perniagaan dan rasmi yang penting antara kedua-dua negara, PCA ula membolehkan penduduk yang memegang pas imigresen jangka panjang bagi tujuan perniagaan dan kerja di salah satu negara, memasuki negara itu.

Hasni berkata, pihaknya dimaklumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mengarahkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri untuk menyegerakan pembukaan sempadan bagi fasa yang berikutnya.

Artikel Berkaitan:

"Insya-ALLAH dalam masa terdekat kita akan peroleh jawapannya," katanya lagi.

Johor katanya, sebuah negeri yang unik dengan pertumbuhan ekonomi berkembang pesat hasil dari negerinya.

"Sebagai contoh, 50 peratus daripada jumlah hasil perkastaman satu negara disumbangkan dari pintu masuk di selatan tanah air iaitu pintu masuk paling sibuk dalam dunia," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!