Dua ahli sindiket penipuan Macau Scam diberkas

Dua lelaki yang di sebuah restoran di Shah Alam pada 3 September lalu.
Dua lelaki yang di sebuah restoran di Shah Alam pada 3 September lalu.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis memberkas dua lelaki di sebuah restoran di Shah Alam pada 3 September lalu kerana dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan Macau Scam berjumlah RM3.83 juta.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dengan tertangkapnya lelaki berusia 36 dan 43 tahun itu, polis turut merampas tiga unit telefon bimbit milik suspek.

"Suspek telah disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun serta sebat dan denda.

"Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penipuan dan ugutan sindiket terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 13 April lalu, seorang pesara wanita berusia 90 tahun menerima panggilan daripada suspek yang mendakwa sebagai pihak pos laju.

Suspek mendakwa terdapat satu bungkusan dihantar dari Ipoh, Perak ke Sabah yang mengandungi kad pengenalan dan kad bank atas nama mangsa.

Mangsa telah diberitahu terlibat dalam sindiket penggubahan wang haram dan diugut akan ditangkap dan direman selama 45 hari.

Bimbang dengan dakwaan itu, mangsa memindahkan wang simpanan berjumlah RM3.83 juta secara berperingkat ke dalam tujuh akaun syarikat yang berbeza bermula 20 April hingga 15 Jun.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!