Wanita beli motosikal guna wang syiling

Siti membeli motosikal menggunakan syiling hingga menarik perhatian ramai. - Foto Detik News
Siti membeli motosikal menggunakan syiling hingga menarik perhatian ramai. - Foto Detik News
A
A
A

JAWA - Seorang wanita di Demak di sini membeli sebuah motosikal jenama Honda dengan harga 20.6 juta rupiah (RM5,791) menggunakan wang syiling.

Pengurus kedai, Harum Demak berkata, pembelian motosikal menggunakan wang syiling sudah kali kedua berlaku di kedainya, lapor Detik News.

"Saya tidak kisah, sebagai peniaga kita perlu melayan pelanggan dengan baik.

"Sudah dua kali perkara ini berlaku. Dulu ada orang datang membawa wang syiling bernilai 8 juta rupiah (RM2,247)," katanya.

Jelasnya, pengiraan wang syiling milik Siti Barokah mengambil masa dua hingga tiga jam dengan kekuatan enam pekerjanya.

"Ya, semua duit syiling, kira-kira dua hingga tiga jam mengira dengan kekuatan lima hingga enam orang," katanya.

Menurutnya, pada mulanya, Siti Barokah datang ke premis tersebut untuk membeli motosikal namun wang tidak mencukupi.

"Kerana wang masih kurang, Siti berunding dengan saya untuk membayar menggunakan wang syiling. Sebagai peniaga, kami mengutamakan perkhidmatan terbaik buat pelanggan.

Artikel Berkaitan:

"Yang penting ialah duit syiling atau wang kertas mengikut harga yang dipersetujui," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!