Ibu anak satu dijel lepas gagal bayar denda kerana merokok
KOTA BHARU - Akibat gagal menjelaskan denda RM1,000 diputuskan Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana merokok di tempat letak kereta sebuah pasar raya di sini, ibu seorang anak terpaksa meringkuk selama sebulan dalam penjara.
Majistret, Izzudin Mohd Shukri mengenakan denda atau penjara itu selepas Nor Faezah Hamzah, 34, mengaku salah terhadap tuduhan.
Tertuduh didakwa merokok di kawasan larangan merokok di tempat letak kereta di sebuah pasar raya di sini pada jam 9.15 malam pada 17 Mac 2017.
Tertuduh didakwa mengikut Peraturan 11(1)(n) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan dihukum di bawah subperaturan 11(3) peraturan sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Terdahulu, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal berbuat demikian.
Bagaimanapun, tertuduh gagal membayar denda itu dan perlu menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!