Kemalangan ngeri bukan berlaku di Senai

Tok Beng Yeow
Tok Beng Yeow
A
A
A

KULAI - Polis menafikan kemalangan ngeri mengakibatkan beberapa mayat bergelimpangan di atas jalan sebagaimana tular di media sosial berlaku di Senai.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, maklumat tersebut palsu dan kejadian terbabit sebenarnya dilaporkan berlaku di luar negara.

"Orang ramai diingatkan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih melalui media sosial kerana boleh menimbulkan rasa tidak tenteram dalam kalangan masyarakat," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, tular rakaman suara dan video memaparkan mayat bergelimpangan di atas jalan dalam keadaan mengerikan.

Rakaman suara 1.01 minit itu menyatakan terdapat ramai budak- budak motor dirempuh dan digilis dengan sebuah lori.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!