Cubaan bunuh: Menteri Buruh Uganda ditahan

Mwesigwa Rukutana ditangkap Sabtu lalu selepas mengambil pistol milik seorang pengawalnya dan melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang menyokong pesaing politiknya, Naome Kabasharira.
Mwesigwa Rukutana ditangkap Sabtu lalu selepas mengambil pistol milik seorang pengawalnya dan melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang menyokong pesaing politiknya, Naome Kabasharira.
A
A
A

KAMPALA - Menteri Buruh Uganda direman dan dipenjara pada Isnin kerana didakwa atas cubaan membunuh, lapor agensi berita Anadolu.

Mwesigwa Rukutana ditangkap pada Sabtu selepas beliau mengambil pistol milik seorang pengawalnya dan melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang menyokong pesaing politiknya, Naome Kabasharira.

Beliau bertindak demikian selepas tewas dalam pilihan raya tempatan di daerah Ntungamo di barat Uganda.

Menurut jurucakap polis, Fred Enanga, seorang mangsa dikenali Dan Rwiburingi, mengalami kecederaan parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Ntungamo, dilaporkan dalam keadaan kritikal sementara yang lain cedera ringan.

Beliau dituduh dengan tujuh pertuduhan termasuk cubaan membunuh, melakukan serangan dan ancaman keganasan.

Presiden Uganda, Yoweri Museveni dalam ucapannya pada Isnin mengecam tindakan itu.

“Rukutana dipenjara bersama pengawalnya dan mesti didakwa. Mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya dengan perbuatan yang dilakukan,” kata Museveni. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!