Gempa bumi kuat gegas Banda Sea
KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan Banda Sea, Indonesia, kira-kira 8.45 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak 231 kilometer (km) tenggara Ambon di Indonesia, pada kedalaman 186km.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!