Van Dijk kritik persembahan Belanda

Van Dijk
Van Dijk
A
A
A

KAPTEN Belanda, Virgil van Dijk menyifatkan pasukannya gagal menampilkan permainan yang baik disebalik kekalahan 0-1 kepada Itali dalam aksi Liga Negara-Negara awal pagi tadi.

Menurutnya, aksi pada separuh masa pertama serba tidak menjadi dan pasukannya gagal bangkit untuk mencari gol pada aksi babak kedua.

"Ini permainan yang sangat buruk. Kami tidak mampu menekan pasukan lawan selain turut kehilangan posisi. Memang benar keadaan padang tidak membantu tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan. Kami perlu lebih baik.

"Separuh masa pertama kami sangat teruk. Selepas rehat kami cuba bangkit dan ada nampak sedikit aksi positif, tetapi ia bukanlah satu perlawanan yang bagus.

"Anda cuba untuk meletakkan tekanan kepada lawan, tetapi dalam masa sama semua pemain kepenatan. Sukar untuk cuba menukar corak permainan dalam keadaan sebegitu. Saya sangat kecewa," katanya.

Sementara itu, pemain tengah Belanda, Frenkie de Jong menyifatkan pasukan Itali bermain dengan baik menutup setiap ruang sehingga The Oranje buntu untuk mencari gol.

"Mereka menekan kami dengan cepat sehingga kami sering kehilangan bola. Sukar untuk kami bermain dengan cara kami sendiri dalam perlawanan ini, katanya.

Dalam perlawanan itu, gol tunggal perlawanan dijaringkan pemain tengah Itali, Nicolo Barella pada penghujung separuh masa pertama untuk memastikan Azzurri mendahului kumpulan A1.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!