PH Johor bersedia dengan Kabinet bayangan
JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor sudah bersedia dengan Kabinet bayangan sebagai persediaan sekiranya berlaku perubahan pentadbiran dalam kerajaan negeri.
Pengerusinya, Aminolhuda Hassan berkata, Kabinet bayangan itu antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tergempar PH Johor pada 5 September lalu.
Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani tidak mendedahkan nama-nama calon Menteri Besar dalam Kabinet bayangan tersebut.
“Pertama sekali, kita bincangkan tentang Kabinet bayangan kita seandainya berlaku perubahan. Dalam masa sama, kita juga akan tentukan bilangan Exco.
"Sebenarnya Kabinet bayangan ini lebih kepada untuk memberi tanggungjawab kepada semua wakil rakyat. Bagaimanapun tunggu sahaja nanti,” kata pada sidang akhbar di Pejabat Amanah Gelang Patah di sini hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: ADUN PH Johor adakan mesyuarat tergempar
Pengerusi Amanah Johor itu berkata, mesyuarat tergempar itu dilakukan susulan perkembangan politik terkini Johor terutama menjelang Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 10 dan 13 September ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!