Siasatan menyeluruh kematian anggota tentera: Ayob Khan

Ayob Khan
Ayob Khan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis akan menjalankan siasatan berhubung kematian anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dilaporkan meninggal dunia di Batu Pahat kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan menyeluruh dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor berhubung kematian Abdul Aziz Aznam, 20, yang meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Beliau berkata, siasatan menyeluruh dibuat menerusi pelbagai aspek selepas anggota tentera itu dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan kediaman sebuah kem tentera di Batu Pahat pada 29 Ogos lalu.

“Sebelum ini kes diklasifikan sebagai mati mengejut, namun kini Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri mengambil alih siasatan merangkumi segala aspek," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Ayob Khan bagaimanapun meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang andaian berhubung kematian Abdul Aziz dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota tentera maut dipercayai terjun dari tingkat tiga

'Dakwaan bunuh diri guris hati keluarga'

Jenazah prebet Aziz selamat dikebumi

Sinar Harian kelmarin melaporkan anggota tentera itu menghembus nafas terakhir pada jam 2.30 petang selepas sembilan hari mendapat rawatan di ICU HSNI akibat kecederaan parah pada kepala.

Abang mangsa, Mohamad Amirulnaim Aznam, 23, berkata, Allahyarham pernah menyatakan hasrat berhenti daripada berkhidmat dalam pasukan tentera kerana tidak tahan dibuli.

Bagaimanapun, Mohamad Amirulnaim berkata, mereka sekeluarga menyerahkan kepada polis sepenuhnya namun meletakkan harapan tinggi agar kematian adiknya itu terbela.

Artikel Berkaitan:

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Bata, Tanjung Rambutan, Perak pada jam 2.30 pagi hari ini.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhammad Izzudin Rungai dilaporkan berkata, siasatan polis masih diteruskan dari semua aspek untuk mengenal pasti punca mangsa mengambil tindakan sedemikian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!