Selangor perinci kes pencemaran sungai dengan Peguam Negara

Amirudin mempengerusikan Mesyuarat Pelaporan Penuh Situasi Semasa Berhubung Isu Pencemaran Air di Bangunan Pengurusan Air Selangor, Kuala Lumpur. - Foto: FB Amirudin Shari
Amirudin mempengerusikan Mesyuarat Pelaporan Penuh Situasi Semasa Berhubung Isu Pencemaran Air di Bangunan Pengurusan Air Selangor, Kuala Lumpur. - Foto: FB Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor akan berhubung dengan Jabatan Peguam Negara untuk memperinci serta mengemaskini pelaporan berkenaan insiden pencemaran sungai di Selangor termasuk kes terbaharu minggu lalu.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri berharap tindakan tegas segera dilakukan bagi menyelesaikan masalah pencemaran sungai.

"Kerjasama yang rapat antara semua agensi terutama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri amat penting demi memastikan keselamatan bekalan air negeri terjamin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amirudin berkata, kerajaan negeri juga mengucapkan terima kasih serta mengambil maklum atas tindakan segera Jabatan Peguam Negara semalam.

ARTIKEL BERKAITAN:

Bidang kuasa negeri terhad untuk kenakan tindakan sebat


Pencemaran Sungai Gong: Dua pekerja kilang direman 6 hari

"Pagi ini saya bertemu dengan Penasihat Undang-Undang Kerajaan Selangor, Datuk Salim Soin; Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Datuk Ir Hashim Osman dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar," katanya.

Semalam, Peguam Negara, Idrus Harun menafikan dakwaan Amirudin bahawa pihaknya tidak mengambil tindakan berhubung pencemaran air di Selangor.

Seperti dilaporkan sebuah portal berita sebelum ini, Amirudin mendakwa tiada tindakan diambil oleh Peguam Negara selepas kerajaan negeri selesai siasatan kes pencemaran air pada April lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!