SPRM siasat kes cemar Sungai Gong
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memulakan siasatan dalam kes pencemaran Sungai Gong, Rawang, Selangor bagi meneliti unsur-unsur rasuah melibatkan mana-mana pihak termasuk agensi penguat kuasa.
SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan isu berkenaan untuk tampil memberi kerjasama.
"Siasatan telah mula dijalankan untuk meneliti unsur rasuah membabitkan pihak berkuasa berkaitan isu terbabit.
"Sekiranya masyarakat ada sebarang maklumat, boleh tampil dan bagi kerjasama dengan kami," kata kenyataan itu di sini hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!