Pemimpin BN diyakini faham kerusi ditandingi terhad

Ahmad Zahid bersama Bung Moktar (dua kiri) pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN hari ini. - Foto Bernama
Ahmad Zahid bersama Bung Moktar (dua kiri) pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin pemimpin parti itu akan memahami pemilihan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dibuat berdasarkan peruntukan bilangan kerusi yang terhad.

Katanya, meskipun ramai calon berpotensi untuk diketengahkan pada PRN itu, BN akan memilih yang terbaik dalam kalangan terbaik untuk bertanding.

“Saya jangkakan kali ini tidak banyak timbul isu dalaman. Saya rasa mereka akan faham kedudukan (kita) kerana bilangan kerusi (untuk BN tandingi) terhad,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan jentera PRN BN Sabah yang turut dihadiri Pengerusi BN negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan berlaku sabotaj pada PRN itu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid mengakui sabotaj, dari dalam mahupun luar parti, sentiasa berlaku semasa pilihan raya, lebih-lebih lagi ketika PRN.

Ahmad Zahid bersama Bung Moktar beramah mesra dengan penyokong BN ketika tiba pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN di sini hari ini.- Foto Bernama
Ahmad Zahid bersama Bung Moktar beramah mesra dengan penyokong BN ketika tiba pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN di sini hari ini.- Foto Bernama

Mengenai pembahagian kerusi dalam kalangan parti-parti komponen BN, Ahmad Zahid berkata proses itu sudah 95 peratus selesai dan pengumuman calon serta kerusi yang ditandingi BN akan dilakukan oleh Bung Moktar bersama-sama parti sekutu dalam Perikatan Nasional (PN).

Pengumuman dijangka dibuat esok, katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, BN akan melancarkan aku janji parti selepas penamaan calon pada 12 September ini yang menawarkan perkara-perkara yang boleh dilaksanakan oleh wakil rakyat BN.

Terdahulu semasa berucap pada majlis itu, Ahmad Zahid menyeru jentera pilihan raya BN agar meningkatkan usaha bagi menghadapi PRN Sabah, sekali gus menebus maruah parti.

PRN Sabah dijadualkan berlangsung pada 26 September ini. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!