Penggiat sukan diingatkan patuhi SOP

Reezal Merican Naina Merican
Reezal Merican Naina Merican
A
A
A

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mengingatkan penggiat sukan tanah air supaya mengekalkan tahap disiplin tinggi terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM), KBS mahupun pihak berkuasa negeri dan tempatan harus dipatuhi semua pihak.

“Penggiat sukan khususnya penganjur, peserta dan pegawai yang terbabit dalam acara sukan di semua peringkat, sama ada liga profesional mahupun perlawanan persahabatan atau permainan sosial diingatkan tidak mengambil mudah pematuhan SOP dan langkah kawalan ditetapkan.

“Ini termasuklah SOP syarat larangan kehadiran penonton dan penyokong di mana-mana acara sukan yang perlu dipatuhi,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Malaysia catat 100 kes baharu

Kes Covid-19 di negara ini terus meningkat dengan 100 kes dicatatkan membabitkan 85 kes penularan tempatan dan 15 kes import iaitu mendapat jangkitan dari luar negara hari ini.

“Penganjuran bagi semua jenis kejohanan atau acara sukan perlu mendapat kelulusan Pejabat Pesuruhjaya Sukan sepanjang tempoh PKPP. Semua pihak perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti penularan Covid-19 ini.

“Penganjur dan pengurus acara juga boleh merujuk kepada KBS, Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan persatuan sukan masing-masing untuk panduan dan nasihat mengenai SOP berkaitan dan kesesuaian penganjuran,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!