'Barcelona perlu kurangkan beban ditanggung Messi'

Lionel Messi
Lionel Messi
A
A
A

BEKAS pemain Barcelona, Samuel Eto'o lega Lionel Messi kekal di kelab Catalan itu walaupun pemain kelahiran Argentina tersebut sebelum ini mengeluarkan kenyataan secara terbuka mahu berpindah pada jendela perpindahan kali ini.

Menurut Eto'o, Barcelona perlu mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku selain turut menasihati bekas kelabnya itu merekrut pemain baharu bagi mengurangkan beban yang ditanggung Messi.

"Satu masalah besar di Barcelona selesai dengan Messi kekal di kelab itu dan ia menjadi titik tolak kepada kelab kembali bangkit. Namun, Barcelona kena agresif dalam jendela perpindahan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Penyokong Barcelona tidak akan benci Messi'

Nilai Messi hanya RM513 juta, bukan RM3.4 bilion

Drama perpindahan berakhir, Messi kembali berlatih

"Ramai pemain diperlukan dengan DNA Blaugrana. Kelab sudah tidak boleh mengharapkan Messi sepenuhnya dan perlu mencari pemain dengan gaya tiki-taka, dan bukannya pemain box to box," katanya.

Terdahulu, Messi dilaporkan mahu meninggalkan Barcelona selepas kelab itu gagal memenangi sebarang kejuaraan pada musim lepas selain turut dibayangi masalah dengan pihak pengurusan pasukan.

Artikel Berkaitan:

Pemenang enam kali Ballon d'Or itu turut mengambil keputusan mengaktifkan klausa perpindahannya dengan beberapa kelab seperti Manchester City, Paris Saint Germain (PSG) dan Inter Milan menyatakan minat mendapatkan khidmatnya.

Namun, klausa yang cuba diaktifkan Messi itu dihalang Barcelona dengan mengatakan ia sudah tidak boleh digunapakai selepas pertengahan Jun dan mana-mana kelab yang mahu mendapatkan khidmat pemain itu perlu membayar RM3.4 bilion.

Perbincangan antara Messi dan Barcelona mengenai isu klausa tersebut tidak mencapai kata sepakat sekali gus menyebabkan Messi mengumumkan terus kekal di kelab itu sehingga kontraknya tamat.

Mengulas lanjut, kata Eto'o Barcelona juga perlu memikirkan cara terbaik untuk cuba menyambung kontrak Messi agar dia teru kekal di kelab tersebut.

"Messi merupakan tonggak utama pasukan. Dia masih boleh bermain dan kehadirannya di atas padang boleh mengubah keputusan sesuatu perlawanan. Dia juga ikon kepada pasukan dan Barcelona perlu berusaha menyambung kontraknya.

"Saya ingin melihat Barcelona kembali menjadi sebuah pasukan yang digeruni dan menang banyak trofi seperti yang biasa dilakukan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!