Pejalan kaki maut dirempuh Myvi
ISKANDAR PUTERI - Seorang pejalan kaki meninggal dunia selepas dipercayai dilanggar kereta di Jalan Sungai Danga di sini hari ini.
Dalam kejadian pada jam 8.50 pagi, mangsa dikenali sebagai Loh Kah Huat, 57, yang beralamat di Bukit Pasir, Muar, dan tidak bekerja.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa melintas jalan sebelum dilanggar sebuah kereta Perodua Myvi yang datang dari arah Nusa Bestari menghala ke Perling.
"Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak di tengah jalan.
"Lelaki tersebut cedera di bahagian kaki, kepala dan badan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh pihak ambulans yang tiba sejurus kemalangan berlaku," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!