Sasar 13,000 peserta

No Image Caption
A
A
A

PERLIS menyasarkan 13,000 peserta Perlis Marathon 2019 yang dijadualkan berlangsung 27 April depan, berbanding kira-kira 15,000 peserta pada 2018.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata bilangan penyertaan dikurangkan dengan mengambil kira faktor kewangan kerajaan negeri.

“Kita boleh nak tingkatkan jumlah penyertaan sehingga 15,000 tetapi kita terpaksa berbelanja lebih, itu kita tidak mahu atas faktor kekangan kewangan negeri,” katanya selepas menyampaikan insentif kepada kontinjen negeri bagi Sukan Malaysia (Sukma) 2018, Para Sukma 2018 serta Sukan Asia 2018 dan Sukan Para Asia 2018 kepada lebih 50 atlet dan jurulatih serta pengurus pasukan di sini hari ini.

Pada majlis itu, Azlan turut melancarkan Perlis Marathon 2019 yang mempertandingkan kategori 42 kilometer (km), 21 km, 10 km dan lima kilometer ‘Fun Run’.

Menurutnya, penyertaan masih dibuka sehingga 1 April dan sehingga kini jumlah peserta mencecah hampir 7,000. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!