Judi haram: Jamal Yunos beri keterangan kedua

Jamal Md Yunos
Jamal Md Yunos
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini bagi memberi keterangan berhubung aduan yang dibuat mengenai pusat perjudian haram di kawasan Ampang pada tahun 2016.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu dan menyatakan ia adalah kali kedua Jamal memberi keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan kes tersebut.

Sementara itu, Jamal ketika ditemui pemberita berkata, beliau sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi apa saja cabaran serta menganggap tindakannya itu sebagai satu jihad kepada masyarakat.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab beliau sebagai pemimpin masyarakat untuk mendedahkan kegiatan haram yang berlaku bagi memelihara anak muda daripada terjerumus dalam aktiviti tidak bermoral sekali gus merosakkan masyarakat.

“Sebagai seorang pemimpin, apabila melihat sesuatu masalah sosial dalam masyarakat, saya harus bertindak dan ini adalah risiko yang saya perlu hadapi apabila terpaksa turun naik ke Bukit Aman dipanggil pihak berkuasa dan sebagainya.

“Saya berharap ini adalah kali terakhir saya dipanggil ke Bukit Aman dan juga berharap apa yang saya lakukan ini dapat membantu negara bebas daripada segala kegiatan judi haram,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!