Taman Tasik Titiwangsa ditutup esok
KUALA LUMPUR - Taman Tasik Titiwangsa ditutup sementara pada esok bermula jam 6.30 pagi hingga 2 petang bagi memberi laluan kepada operasi menembak gagak.
Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi kenyataan di Facebooknya memaklumkan, kawasan tersebut ditutup sepanjang tempoh operasi tersebut dijalankan.
"Orang awam dinasihatkan untuk berhati-hati sewaktu berada di kawasan operasi dilaksanakan," menurut kenyataan itu.
Katanya, operasi tersebut bagi mencegah kekotoran najis burung gagak di kawasan tersebut selain kacau ganggu di tempat terlibat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!