Rasuah: Jurubahasa mahkamah majistret direman

Dua individu termasuk seorang jurubahasa Mahkamah Majistret direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai RM8,000.
Dua individu termasuk seorang jurubahasa Mahkamah Majistret direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai RM8,000.
A
A
A

SHAH ALAM - Dua individu termasuk seorang jurubahasa mahkamah majistret direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai RM8,000.

Perintah tahanan reman bermula hari ini sehingga 13 September itu dikeluarkan Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi.

Menurut sumber, suspek wanita berusia 54 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada jam 3.10 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan.

Dua individu termasuk seorang jurubahasa Mahkamah Majistret direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai RM8,000.
Dua individu termasuk seorang jurubahasa Mahkamah Majistret direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai RM8,000.

Suspek lelaki berusia 55 tahun itu pula ditahan di pejabat SPRM Cawangan Kluang, Johor pada jam 3.50 petang hari yang sama.

Difahamkan, suspek yang bertugas sebagai jurubahasa mahkamah majistret menerima wang sogokan daripada seorang lagi suspek sebagai balasan meringankan hukuman terhadap pekerjanya kerana terlibat dengan kesalahan di bawah Akta Imigresen.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!