PRN Sabah: Warisan Plus guna tiga logo

Mohd Shafie Apdal ketika berucap pada majlis pelancaran Visi dan Misi Warisan Plus dan pengumuman calon Warisan Plus bagi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini. - Foto Bernama
Mohd Shafie Apdal ketika berucap pada majlis pelancaran Visi dan Misi Warisan Plus dan pengumuman calon Warisan Plus bagi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Warisan Plus akan menggunakan tiga logo semasa bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bulan ini, kata Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Beliau berkata, tiga logo tersebut ialah Warisan, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Logo Warisan akan digunakan oleh Warisan sendiri, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) manakala calon-calon UPKO dan PKR akan menggunakan logo masing-masing," katanya ketika mengumumkan perkara demikian di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

Mohd Shafie berkata, setakat ini Warisan, DAP, UPKO dan Amanah akan bertanding di 66 kerusi manakala selebihnya akan ditandingi PKR yang akan membuat pengumuman mengenai perkara itu kemudian.

Warisan mendapat 46 kerusi, UPKO (12 kerusi), DAP (tujuh kerusi), PKR (tujuh kerusi) dan Amanah (satu kerusi), menyaksikan mereka bertanding di kesemua 73 kerusi DUN Sabah. - Bernama

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!