Barcelona... lupakan saja Martinez

Martinez disebut-sebut bakal menyertai Barcelona pada musim perpindahan kali ini.
Martinez disebut-sebut bakal menyertai Barcelona pada musim perpindahan kali ini.
A
A
A

NAIB Presiden Inter Milan, Javier Zanetti memaklumkan bahawa penyerang berbisa, Lautaro Martinez tidak akan meninggalkan kelab Itali itu pada musim perpindahan kali ini.

"Lautaro tidak akan meninggalkan Inter. Bukan sahaja Barcelona yang berminat mendapatkan khidmatnya, tetapi Lautaro mengetahui dia sudah bersama kelab yang hebat.

"Dia gembira dengan kehidupannya di Itali yang bukan sesuatu yang mudah. Saya berasakan dia berasa di landasan yang betul. Buat masa ini, dia tidak meninggalkan meninggalkan kelab.

"Dia masih menjadi milik kami buat ketika ini dan pada masa depan. Ada pemain yang minta dilepaskan tetapi dalam kes Lautaro, dia berada dalam keadaan baik di Inter dan apa yang boleh saya katakan, dia gembira," katanya.

Sejak beberapa bulan lalu, Martinez telah kuat dikaitkan dengan Barcelona dan khabar angin itu terus bertiup kencang biarpun krisis pandemik Covid-19 memberi impak kepada kelab-kelab gergasi Eropah.

Penyerang antarabangsa Argentina itu telah meledak 21 gol dalam semua pertandingan ketika Inter menamatkan saingan di tempat kedua Serie A dan mara ke final Liga Europa musim lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!