BNM mahu respons bantuan pembayaran semula bersasar
KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) sedang menjalankan kaji selidik dalam talian membabitkan pemohon bantuan pembayaran semula bersasar.
Bank itu dalam satu kenyataan berkata, kaji selidik itu akan digunakan untuk memaklumkan pemahaman pengalaman pengguna perbankan mengenai keperluan bantuan dalam tempoh yang mencabar ini.
"Jawapan mereka akan dirahsiakan oleh BNM dan tidak akan dikongsi dengan pihak lain termasuk institusi perbankan tanpa persetujuan mereka, seperti yang diperuntukkan oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010," kata BNM.
Kaji selidik itu boleh dipenuhi oleh individu atau Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melalui https://forms.gle/WkpHjCqKAnyfa9L69 (untuk PKS) atau https://forms.gle/DBjms9g9wyYK5QYT9 (untuk individu). - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!