Lebih 12 juta barangan terjual dalam tempoh satu jam
SHAH ALAM - Platform e-dagang nombor satu di Malaysia, Shopee menjual lebih 12 juta barangan dalam tempoh sejam pertama '9.9 Super Shopping Day'.
Dikuasai oleh ekosistem Shopee yang kukuh, 9.9 Super Shopping Day membawakan hiburan dan tawaran membeli-belah yang hebat kepada pengguna dan mempercepatkan pemulihan ekonomi untuk penjual serta rakan jenama.
Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, pihaknya berterima kasih kepada pengguna, penjual dan juga rakan jenama atas sokongan padu yang diberi terhadap '9.9 Super Shopping Day'.
"Tahun ini, kami mempunyai matlamat yang ringkas dan jelas bagi acara membeli-belah tahunan khas iaitu membantu komuniti pulih daripada kesan pandemik global.
"Ini termasuk mempercepatkan pemulihan untuk penjual dan rakan jenama sambil menawarkan pengalaman membeli-belah yang unggul kepada pengguna.
"Kami gembira kerana sekali lagi berjaya mencapai prestasi luar biasa yang memecah rekod. Ini menunjukkan komitmen kami untuk berkembang bersama dengan komuniti dan perniagaan yang menerima perkhidmatan Shopee," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, '9.9 Super Shopping Day' memulakan musim membeli-belah akhir tahun dan tahun ini, ia juga menandakan permulaan usaha Shopee untuk mengorak masa depan e-dagang dalam kebiasaan baharu.
"Kami berjanji akan berusaha lebih keras untuk memberi para pengguna pengalaman yang menggembirakan di Shopee, sambil mendorong penjual dan rakan jenama ke tahap lebih tinggi pada bulan-bulan yang akan datang.”
'9.9 Super Shopping Day' adalah batu loncatan bagi pemulihan ekonomi kerana penjual dan rakan jenama di rantau ini memaksimumkan jualan di Shopee.
Jenama dan penjual yang mengambil bahagian dalam kempen itu mencatatkan peningkatan jualan, dengan 700,000 produk dijual dalam seminit pada kemuncaknya semalam.
Ekosistem Shopee yang kukuh memastikan urusan jual beli atas talian kekal lancar walaupun aktiviti membeli-belah memuncak semasa '9.9 Super Shopping Day'.
Penjual dan rakan jenama memanfaatkan rangkaian logistik bersepadu Shopee untuk memenuhi pesanan mereka, sementara pengguna menikmati transaksi yang lancar dengan pelbagai pilihan pembayaran di Shopee termasuk dompet mudah alihnya, ShopeePay.
Pengguna juga menikmati keseronokan sepanjang hari dan memperoleh ganjaran istimewa dengan rangkaian permainan yang diperluas dalam aplikasi Shopee dengan 250 juta permintaan untuk menyiram air di permainan kegemaran orang ramai, Shopee Farm.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!