SIA Group kurangkan 4,300 jawatan

SIA Group hari ini mengumumkan langkah mengurangkan kira-kira 4,300 jawatan di semua peringkat syarikat penerbangan itu yang disifatkannya sebagai satu keputusan sukar.
SIA Group hari ini mengumumkan langkah mengurangkan kira-kira 4,300 jawatan di semua peringkat syarikat penerbangan itu yang disifatkannya sebagai satu keputusan sukar.
A
A
A

SINGAPURA - Singapore Airlines (SIA) Group hari ini mengumumkan langkah mengurangkan kira-kira 4,300 jawatan di semua peringkat syarikat penerbangan itu yang disifatkannya sebagai satu keputusan sukar.

Berikutan itu, jumlah pekerja yang berpotensi terjejas akan dikurangkan kepada kira-kira 2,400 orang di Singapura serta di luar negara selepas mengambil kira langkah-langkah termasuk pembekuan pengambilan pekerja dan skim pemberhentian secara sukarela.

“Apabila usaha memerangi Covid-19 bermula awal tahun ini, tiada seorang pun daripada kami yang dapat menjangka impak sebegini buruk terhadap industri penerbangan global.

“Sejak awal lagi, keutamaan kami adalah untuk memastikan kelangsungan syarikat serta sebanyak mungkin pekerjaan yang ada.

"Memandangkan laluan bagi pemulihan itu adalah panjang dan tidak menentu, malangnya kami terpaksa melaksanakan langkah pengurangan pekerja secara sukarela," kata Ketua Pegawai Eksekutif Singapore Airlines, Goh Choon Phong dalam kenyataan kepada Bursa Singapura hari ini.

Sebagaimana dijangka sebelum ini, SIA juga menyasarkan untuk beroperasi dengan kapasiti di bawah 50 peratus pada akhir tahun kewangan 2020/21 berbanding tempoh sebelum berlakunya Covid-19.

Menurut kenyataan itu, beberapa kumpulan industri juga telah menjangkakan bahawa aliran penumpang udara tidak akan kembali ke paras sebelum ini sehingga 2024.

Malah, berbanding dengan kebanyakan syarikat penerbangan utama dunia, SIA Group lebih berada dalam kedudukan sukar kerana tidak mempunyai satu pasaran domestik yang membolehkannya untuk pulih terlebih dahulu, katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagi memastikannya dapat bertahan dalam persekitaran yang tidak menentu, SIA akan beroperasi dalam kapasiti jumlah pesawat lebih kecil bagi tahun-tahun akan datang dan sejajar dengan pengurangan rangkaian berbanding operasi sebelum Covid-19, kata SIA. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!