Pencemaran Sungai Ichat pulih

Wan Rosdy berpuas hati dengan keadaan semasa air Sungai Ichat yang kini berada pada tahap satu berbanding sangat tercemar pada tahap empat sebelum ini.
Wan Rosdy berpuas hati dengan keadaan semasa air Sungai Ichat yang kini berada pada tahap satu berbanding sangat tercemar pada tahap empat sebelum ini.
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Sungai Ichat yang dahulunya tercemar teruk akibat aktiviti peneroka kebun haram berjaya dipulihkan apabila keadaan airnya kini berada pada tahap yang baik dan selamat untuk digunakan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Sungai Ichat kini berada pada tahap satu berbanding sangat tercemar sehingga tahap empat sebelum ini.

Wan Rosdy juga berpuas hati kerana tindakan tegas kerajaan negeri termasuk tindakan penguatkuasaan bagi membendung aktiviti pencerobohan hutan di kawasan itu oleh pekebun haram membuktikan keberkesanan itu.

"Sebelum ini lebih 500 hektar tanah diceroboh di Cameron Highlands dan lebih 100 hektar tanah yang di ceroboh itu melibatkan kawasan Sungai Ichat.

"Sehingga kini, sebanyak 38 hektar kawasan Hutan Simpan Sungai Ichat telah dipulihkan melalui penanaman 28,815 anak pokok pelbagai spesis manakala baki kawasan yang belum ditanam akan ditanam secara kontrak," katanya melalui satu kenyataan sempena lawatan kerja ke Sungai Ichat dan Sungai Terla di Kuala Terla di sini semalam.

Wan Rosdy berpuas hati dengan keadaan semasa air Sungai Ichat yang kini berada pada tahap satu berbanding sangat tercemar pada tahap empat sebelum ini.
Wan Rosdy berpuas hati dengan keadaan semasa air Sungai Ichat yang kini berada pada tahap satu berbanding sangat tercemar pada tahap empat sebelum ini.

Turut serta Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak; Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Datuk Seri Shamsulbahri Ibrahim; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Indera Nazri Abu Bakar; Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Datuk Dr. Mohd. Hizamri Mohd Yasin dan barisan exco.

Wan Rosdy berkata, dua penguatkuasaan Ops Lestari dilakukan di kawasan tadahan air Kuala Terla berkait Sungai Ichat bagi memastikan kelestarian alam sekitar dan kepentingan rakyat sentiasa dipulihara.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kerajaan negeri turut meluluskan pewartaan kawasan seluas 121.12 hektar sebagai Hutan Simpan Sungai Ichat.

"Aktiviti kawalan termasuk penjagaan dan penanaman pokok bagi tujuan pemuliharaan telah dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) sebaik sahaja tindakan penguatkuasaan selesai dijalankan.

"Selain itu, sebanyak tiga aktiviti Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) telah dilaksanakan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan universiti tempatan,"katanya.

Wan Rosdy turut menanam anak pokok sebagai tanda sokongan terhadap usaha pemulihan kawasan Sungai Ichat.
Wan Rosdy turut menanam anak pokok sebagai tanda sokongan terhadap usaha pemulihan kawasan Sungai Ichat.

Beliau berkata, melalui kerjasama itu, 12.25 hektar kawasan Hutan Simpan Sungai Ichat telah dipulihkan dengan menanam sebanyak 11,200 anak pokok pelbagai spesis.

"Secara keseluruhannya, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dengan kerjasama JPNP telah melaksanakan Program Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Hutan Terosot di negeri ini.

"Terdapat 968 hektar kawasan hutan merosot di negeri Pahang dan 617 hektar daripadanya telah dan sedang dipulihkan sejak tahun 2017 melibatkan peruntukan kira-kira RM24.8 juta manakala baki kawasan seluas 351 hektar akan dipulihkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12,"katanya.

Wan Rosdy memebritahu, hutan simpan yang telah dipulihkan ialah Hutan Simpan Bertam, Hutan Simpan Batu Gangan, Hutan Simpan Terla A, Hutan Simpan Terla B dan Hutan Simpan Bukit Jerut.

"Bagi memastikan kawasan yang telah dipulihkan tidak lagi diterokai, JPNP sentiasa komited melakukan pemantauan secara berkala, di kawasan-kawasan tumpuan atau ‘hotspot’.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!