16 termasuk wanita ditahan main judi

Antara yang ditahan.
Antara yang ditahan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Seramai 16 individu termasuk enam wanita ditahan menerusi serbuan judi yang dijalankan ke atas sebuah premis di Taman Desa Tebrau, di sini, semalam.

Serbuan Ops Dadu yang dilakukan kira-kira 3.10 petang itu oleh sepasukan pegawai dan anggota dari D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama D7 JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS).

Ketua JSJ negeri, Senior Asisten Komisioner Md Yusof Ahmad berkata, kesemua yang ditahan adalah rakyat tempatan yang berumur lingkungan 31 hingga 68 tahun.

"Dalam serbuan tersebut, polis terus merampas peralatan judi termasuk wang tunai bernilai RM1,556 beserta SD$40," katanya.

Beliau berkata kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 4(1)b Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Orang ramai diseru menyalurkan sebarang maklumat sekiranya mempunyai maklumat terdapat aktiviti seperti ini di kawasan masing-masing," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!