Safawi menang Anugerah Gol Terbaik Sedekad ACL

Aksi Safawi ketika JDT menentang Shandong Luneng pada 9 April 2019.
Aksi Safawi ketika JDT menentang Shandong Luneng pada 9 April 2019.
A
A
A

PENYERANG berbisa Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid memenangi Anugerah Gol Terbaik Sedekad Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Menurut laman web rasmi AFC hari ini, Safawi memenangi anugerah itu selepas menerima undian tertinggi iaitu sebanyak 34 peratus daripada peminat bola sepak di Asia.

Jaringan yang memasyhurkan Safawi sebagai pemenang anugerah tersebut ketika dia meledak gol menarik pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang kelab China, Shandong Luneng musim lalu.

Safawi melakukan sepakan lencong untuk menewaskan penjaga gol Shandong Luneng, Wu Xinghan pada perlawanan itu yang berkesudahan JDT tewas 1-2.

AFC sebelum ini membuka undian kepada peminat bola sepak Asia selama tiga minggu bagi meraikan jaringan terbaik dalam saingan ACL sejak 10 tahun lalu.

Pada Mei lalu, jaringan menakjubkan Safawi itu turut melayakkan pemain kelahiran Dungun, Terengganu berusia 23 tahun itu memenangi undian sebagai gol lencongan terbaik ACL 2019.

Berdasarkan undian yang dijalankan AFC, gol Safawi menerima undian sebanyak 50 peratus daripada 159,502 pengundi, sekali gus menewaskan empat calon lain.

Safawi menerima tentangan hebat daripada pemain kelab Iran, Esteghlal iaitu Mame Thiam yang menerima 48 peratus undian manakala tiga lagi calon - bekas bintang Chelsea, Oscar (Shanghai SIPG), Nam Tae-hee (Lekhwiya) dan Serginho (Kashima Antlers) masing-masing hanya menerima satu peratus undian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!