PRN Sabah: Demi Sabah yang lebih baik

Khairil Nizam
Khairil Nizam
A
A
A

PEMUDA Pas mengucapkan selamat mengundi buat semua rakyat Sabah dalam Pilihanraya Negeri Sabah, yang akan berlangsung bermula 12 sehingga 26 September ini.

Suka Pemuda Pas mengingatkan semua rakyat Sabah bahawa Pilihanraya inilah satu-satunya jalan untuk mencorak masa depan negeri ini.

Sudah tiba masanya rakyat Sabah menjadikan pilihanraya ini sebagai medan untuk masa depan Sabah yang lebih baik.

Isu-isu yang timbul lewat kebelakangan ini, seperti isu kekurangan infrastruktur, masalah capaian internet dan kemajuan negeri adalah menjadi bukti perlunya sebuah kerajaan negeri Sabah yang progresif, kukuh dan bersatu padu.

Kita yakin rakyat Sabah sudah lama merintih dan mengidamkan kerajaan yang kuat, yang tidak terpengaruh dengan mainan dan aturan politik, yang bersih dan berintegriti serta komited membela rakyat. Oleh itu, inilah masanya rakyat mencorakkan masa depan negeri di bawah bayu ini.

Menyahut seruan Presiden Pas, Pemuda Pas mendukung keputusan parti memberi laluan kepada rakan-rakan parti lain untuk bertanding di semua 73 kerusi.

Pemuda PAS akan bersama dengan jentera Pemuda Pas Sabah bagi membantu rakan kerjasama dari UMNO, Bersatu dan parti lain yang bertanding dalam PRN kali ini.

Kegagalan kerajaan-kerajaan sebelum ini, harus diperbaiki dengan kerajaan baru yang berjiwa rakyat, dan bersatu demi manfaat warga Sabah.

Artikel Berkaitan:

Dengan rasa rendah diri, kami mengajak semua rakyat Sabah untuk bersama turun mengundi dalam pilihanraya ini demi masa depan Sabah yang lebih baik.

Undilah calon yang mampu membuat perubahan demi warga Sabah. Ayuh corakkan kembali negeri ini menjadi sebuah negeri yang maju dan gemilang. Ini kalilah!

**Ir Khairil Nizam Khirudin ialah Ketua Pemuda Pas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!