Musa Aman sah tidak tanding PRN Sabah
KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman difahamkan tidak kelihatan di mana-mana pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu juga tidak kelihatan semasa proses penamaan calon bagi DUN tersebut di Dewan Serbaguna Libaran hari ini.
Dengan perkembangan ini, Musa dipercayai sah tidak bertanding pada PRN Sabah kali ini selepas namanya sebelum ini diumumkan tiada dalam senarai calon UMNO/ Barisan Nasional.
Setakat ini, Pegawai Pengurus, Irman Tajuddin Edy mengumumkan proses penamaan calon bagi PRN Sabah ditutup.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!