Pemilik bengkel kereta maut ditetak

Mangsa diserang ketika berada dalam bengkel kereta miliknya dekat Bandar Amanjaya Zon Anggerik.
Mangsa diserang ketika berada dalam bengkel kereta miliknya dekat Bandar Amanjaya Zon Anggerik.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang pemilik bengkel maut ditetak dalam kejadian di bengkel mengecat kereta miliknya di Bandar Amanjaya Zon Anggerik kira-kira jam 12.40 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa berusia 33 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, dada dan tangan.

Menurutnya, mangsa diserang beberapa individu kemungkinan bermotifkan balas dendam.

"Mangsa diserang menggunakan senjata tajam dan polis percaya kejadian tiada kaitan dengan kes rompakan.

"Kita masih menyiasat motif kejadian dan mengesan seorang saksi yang berada di lokasi dipercayai pekerja bengkel kereta bagi membantu siasatan," katanya.

Motif kejadian masih dalam siasatan.
Motif kejadian masih dalam siasatan.

Adzli berkata, ketika kejadian mangsa yang mengalami kecederaan parah cuba melarikan diri ke kedai besi bersebelahan sehingga mengejutkan dua pekerja warga asing yang sedang tidur.

"Bagaimanapun, setelah dua pekerja asing itu memeriksa kawasan sekeliling mereka menemui mangsa yang sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, hasil semakan rekod lampau menunjukkan mangsa mempunyai tiga rekod lampau berkaitan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan dadah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!