PRN Sabah: Bung ditentang empat calon lain di DUN Lamag
KINABATANGAN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah yang juga Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin bakal dicabar empat lagi calon lain bagi merebut kerusi baharu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Bung Moktar yang bertanding atas tiket BN akan berhadapan dengan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Ismail Ayob, calon Parti Cinta Sabah (PCS) Razman Mayah, calon Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) Mohd Al Ruzainie @ Shirin Abdul Rahman dan Junny @ Karuak Abdullah yang bertanding atas tiket Bebas.
Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya DUN Lamag, Suhaimi Ejip berkata, tiada borang permohonan ditolak semasa sesi penamaan calon diadakan dari jam 9 hingga 10 pagi ini.
ARTIKEL BERKAITAN: LIVE: Penamaan Calon PRN Sabah
Penamaan calon DUN Lamag yang berlangsung di Dewan Sri Lamag Kinabatangan berjalan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini dan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mencegah penularan koronavirus (Covid-19).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!