Bahrain jalin hubungan diplomatik dengan Israel

Bahrain bersetuju untuk menjalin hubungan diplomatik dengan Israel sekali gus mengikuti langkah Emiriah Arab Bersatu (UAE). - Foto AFP
Bahrain bersetuju untuk menjalin hubungan diplomatik dengan Israel sekali gus mengikuti langkah Emiriah Arab Bersatu (UAE). - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan semalam satu perjanjian damai antara Israel dengan Bahrain sekali gus mengikuti langkah Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menganggapnya sebagai satu hari yang bersejarah, Trump berkata, kedua-dua buah negara itu kini mewujudkan hubungan diplomatik penuh termasuk kerjasama komersial.

"Mereka (kedua-dua negara) akan saling menempatkan kedutaan dan duta, memulakan penerbangan terus antara kedua-dua negara dan melancarkan inisiatif dalam sektor yang luas termasuk kesihatan, perniagaan, teknologi, pendidikan, keselamatan dan pertanian," katanya kepada pemberita di Rumah Putih.

Bahrain menyatakan dalam satu kenyataan bahawa ia bersetuju untuk menormalkan hubungan dengan Israel secara rasmi pada Selasa depan di Rumah Putih yang mana UAE akan menandatangani perjanjian sama seperti diumumkan pada Ogos lalu.

Menurut satu kenyataan, Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Trump berbual menerusi telefon awal semalam sebelum mengumumkan perjanjian tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!